Thursday, June 21, 2012

Hi!

                                           
HI!


Macam lama gak tak update enn? Boleh lah boleh lah ~ zzzzz
Bukan tak ada masa, ada ada, eh bukan nak belagak busy, malas nak bukak lappy je pun sebenarnya ~
Lagi pun aku mcm asyik keluar je, tak duduk rumah, hmm tau tau je isnin ni nak p KPTM dah *lap airmata*

Sebak tu memang sebak, tapi kena kuat jugak ahh *cara macam nak p jauh*
Danial ahh paling sedih, yelah dia mana boleh pisah dgn gf dia yg comel ni *peace*
Ayat yg atas tu mcm perasan sikit, ahhh biar biar ~ haha

Life aku masuk bulan 6 ni, memang sibuk, masalah pun ada, mcm lagi payah sikit dari bulan 5 :p
Alaaaa nak conplain sgt pun tak boleh enn? Dah kata LIFE, haaaa nak buat camne lagi? Terima jelah :)
Hmmm aku mcm banyak mengeluh tapi tak berpeluh, Eh! haha

Lepas ni maybe lagi jarang aku update, yelah, dak dah nak sambung belajar ennnnnnn? haha
Yang penting berkat doa ummi abah yg aku minta, yelah, siapa tak nak berjaya enn? Buat parents bangga dengan kita, haaaaa :)

'Cause there is no guarantee, that this life is easy'

Monday, June 18, 2012

From worst to good.

                                     
This quotes. Is. Rite.


I try to change for the people i love, my family, my boyfriend. And for THE ONLY ONE. ALLAH S.W.T :)
Memang lah susah nak berubah, bukannya sehari je kita terus boleh berubah, kalau boleh pun, esoknya mesti macam jadi balik. And that sucks.


Aku tak cakap lah aku berubah mendadak, tapi repair apa yang patut, yang kasar, kita lembutkan, yang biadap kita adakan adab tu. Tapi lagi aku cuba lagi aku rasa payah, kenapa? Allah tahu cara uji hamba-NYA :)


Tapi cuba, cuba selagi kau boleh, berubah selagi kau mampu, layan orang baik baik, biar orang buat kita, jangan kita buat orang, buar orang bagi taik dekat kita, janji kita elak taik tu, mungkin kena balik dekat dia, eh jap, kasar jugak ayat tu -.- Haha k


Change for yourself. Cause you can :)

Adik adik je :)

18/6/2012.

Ainina, arif, nasohah, afiqq, faris and kawan afiqq.
Haha entah macam mana aku boleh lepak dgn dorang, tapi sebenarnya memang plan pun, kira aku yang ajak, arif pun memang nak lepak dgn aku sebab dah lama plan, so hari ni baru jadi plan tu, haha


Mula mula tu okay lah, tapi banyak senyap, main phone apa semua bagai, yelah tak biasa sangat enn? Then dah lama lama tu baru macam best, aku mcm ajak afiqq p karok, alang alang tu aku ajak arif semua, haaaa gerak lah kami ke gulam. Aku pun cam segan gak mula mula, yelah, mana taknyaaaa aku sorang perempuan, Haha, tapi aku kak long ahh, ceh! Kira dorang tu semua dah macam adik aku sendiri :)


Sampai sana  memang tak semuanya menyanyi, dah lama lama tu baru lah semua hilang rasa segan tu, haha
Memang menyanyi ahh, suara semua boleh tahan ahh, tapi lagi sedap suara aku, hahahahahahah! K. 
Dah sudah karok, semua gerak balik lah kannn, kot tak kan nak tidoqq sana kot ~


Tapi thanks lah semua sebab datang jugak lepak, haihh, terharu akak dik ~ haha


We always gonna be like siblings, a happy siblings :)


Thank you brothers.


                                          

Friday, June 15, 2012

Baby what about the ending?

ANOTHER MESSY ENDING.

                                         
Don't know where to start this things, benda sama, macam tak perlu ungkit, haha. K ketawa hambar ~
Mana silapnya pun tak tahu, okay senang cerita tak boleh ahh nak bahagia selalu, memang masal tu dekat mana mana, haaaaaa macam kena watlek watchill je :)

Tapi dalam sehari tu mcm mesti ada mix feelings, entahlah, tak tau dekat mana nak repair lagi, yang pasti aku sayang relationship ni :)

Tapi lama lama aku dah masak, perangai dia aku faham, aku cuba, even aku jatuh sekalipun aku cuba bangun balik biar susah sekalipun, sebab aku tahu aku kuat, aku nak emo sangat pun macam tak guna, haha! Benda perasaan aku je yang lelebih, haaaaaaa, benda takde apa pun senanya ~ haha

Selagi aku mampu aku bertahan, ending dia? Wallahuallam :)

Wednesday, June 13, 2012

Wat lek, wat chil, semua okay :)

Sejak kebelakangan ni macam serabut sikit, tapi sebenarnya tak serabut mana pun, cuma banyak benda yang aku tak expect akan jadi, hmm biarlah, semua tu dah memang tertulis dalam hidup aku, Allah tahu cara nak uji aku :)


Aku nak bising bising pun macam dah malas dah, better aku wat lek, wat chill, sebab aku tahu, nanti semuanya akan kembali normal, benda mcm ni kejap je, lama lama kita dah biasa, so benda pun akan pulih :)


Memanglah kadang kadang tu penat, tapi ni KEHIDUPAN. so kau tak boleh lari mana, kau lari jauh pun, macam tu jugak jadinya, aku bukan nak belagak dengan post mcm ni, bukan nak bajet aku kental kuat apa semua haram jadah bagai, cuma nak bagi pendapat, aku pun lemah, aku pun selalu down, tapi esok, bangun balik, fikir positive, tu je mampu :)


Masalah dekat mana mana ada weh, cuma kau je yang tentukan, kau nak hadap ke, kau nak lari. Tapi kalau lari dari masalah, benda tak kan settle, even kau mati sekalipun :)


Tenang, semua akan okay :)

Monday, June 11, 2012

Mencarut? Haha puiii!

Mencarut? Hahaha itu aku -.- asal aku cakap macam tu, eh eh, haha aku memang jenis lancang mencarut, aku mengaku ahh, kadang kadang tu mcm eh apa keh mak nya perangai aku ni lah haiiii -.- haha

Memang lah tak manis, aku tahu tu, lagi lagi lah aku ni berhijab, hmm tapi itu sifat aku, aku pun bukan lah baik sangat. Yelah manada orang baik nak mengaku dia baik enn, hahahahaha :p

Tapi aku tengah slow slow kawal kemencarutan aku ni, eh sial lah! haha mcm annoying enn? Haaaa memang pun, kadang kadang tu ummi, danial and cousin wa marah gak wa mencarut ni, tapi wa lek, wa cuba kawal mulut ni.

Alahhhh tipu ahh kalau orang lain pun tak pernah mencarut enn? Hmmm dah sebati, memang susah sikit nak ubah.

Tapi cuba berubah, mulut jaga naaaaaa :)

Mix feelings.

                                   
So what's up with that picture? Hahah cam bodoh gila gambar tu, tapi betul ahh apa yg gambar celaka tu cakap, haha! Tak lawak sangat pun sebenarnya. Hahahaha! K

Okay nak mula dari mana ni? Hmm maksud title wa tu? Yelah mix feelings tu umpama perasaan yang bercampur campur. Selalu perasaan macam timbul terhadap seseorang atau pun situasi yang kita hadapi. Hamboiii kemain baku ayat wa ni haaaaa, haha

Kadang kadang bila kau tengah happy, tapi sampai satu masa kau rasa macam kau sorang sorang, then mulalah kau sedih, down apa semua bagai, haha agak sial ahh bila rasa macam tu, hmm entah lewwww jep ~

Then kau akan akan rasa bercampur baur terhadap seseorang, hari ni kau bahagia dengan dia, esok kau rasa makin jauh dengan dia, then rasa kehilangan, tapi esoknya pulak semangat kau tetiba ada balik, kira perasaan ni tak boleh, bukan kita yang control, semua apa yang kita rasa, Tuhan yang bagi dan kita kena hadapi semuanya, tak kiralah kau kuat ke tak, dah Allah bagi, kau kena usaha hadap jugak. Itulah tugas manusia :)

Kira mix feelings ni macam... okay aku bagi contoh ahh, k...
Kau makan keropok lekor, bila kau cicah dengan kuah dia rasa apa?  Sedap enn? Lagi lagi bila keropok lekor tu lembut, tak liat.
Tapi bila keropok tu liat? Then kuah tak ada, yang ada pun kicap, kicap masin pulak, haaaaa tak ke rasa celaka benda tu? Haaaaa

Kira perasaan tu mcm tak sedap bila kita lagi layan, lagi paksa, hmmm cuba positive, cuba jangan fikir sangat, eh tapi entahlah, aku ni tak pandai nasihat orang, haha! Sebab aku pun terkontang kanting lagi :)

Yang penting, hadapi segalanya dengan senyuman :)

Bahagia.

Kadang kadang bahagia datang sekejap je. Macam unfair lah. Aku nak bahagia selalu, macam bahagia sampai bila bila ahh, tapi tak. Ni LIFE weh! DUNIA. Kira perasaan kau akan sentiasa merasakan manis pahit semua ahh. Lagi pun, kita manusia, Allah mungkin akan bagi kita kebahagiaan yg lama, tapi sampai satu masa nanti, kalau Dia nak tarik, Dia tarik macam tu je. Dia Maha Kuasa, kita yang hina ni hanya mampu redha dengan apa yang Dia bagi :)


Sunday, June 10, 2012

Tears.

                             
Tears.

Macam susah nak describe perkataan tu, tapi susah mendanya? Tears tu menangis, tangisan, and satu perasaan yang diluahkan melalui air mata. Hmm :')

Pernah tengok orang menangis? Dengar orang menangis? Hmm wa penah ahh. Haha tu pun nak belagak :p

Lagi lagi lah bila orang yg tersayang nangis sebab kita. Tapi lagi best lagi terharu kalau orang tu menangis sebab 'kebaikan' kita. Faham? Haaaaa tapi ibu, tolong jangan biarkan ibu menangis sebab keburukan kita, aku pernah, aku serba salah sangat, berdosa weh :(

Aku tak cakap aku ni baik, cuma aku manusia yang tak lari dari masalah dan buat salah. And that's why aku cakap, kita hari hari kena berubah, sebab kita makin matang, bukan kita makin hingusan.

Tapi tak kira umur, semua pernah menangis, dan banyak sebab yang ditangiskan tu. Memang sifat kita, manusia kan ada perasaan ;)

Aku pun pernah menangis, sebab silap, sebab sayang, sebab gembira. Banyak.
Tapi setiap tangisan tu, ada cerita dia. Kita mana tahu hati orang kannn? Orang pun tak tahu apa yg ada dalam hati kita. Tapi kalau org boleh tahu tu, tu mungkin kebetulan :)

Tapi yang penting setiap apa yang kita tangiskan, mesti ada hikmahnya :)

Lama.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia.


Haha, dah macam berita. 1 Malaysia tu tak yah kot :p
Lama jugak tak update blog ni haaaa weh, hmm masa tak ada, nak bukak lappy masyaallah malas kemain, haha. Lagi pun busy, keluar rumah tak lekat dekat rumah, spent time dengan family lagi, perhhh kalah PM doh. Haha.


Macam macam jadi seminggu ni, kira dua minggu ahh enn? Aku pergi cameron dengan family, pusat sains, lepak dengan cousin, keluar dengan danial. Alhamdullilah bahagia saya :)


Lepas ni fokus on kolej, kena! Lagi seminggu lebih je der. Eh kira dua minggu ahh. Haha! Makin gugup jadinya weh, haha lepas ni tanggungjawab lagi banyak, hmm ;)


Semua demi keluarga :)