Wednesday, August 29, 2012

SENYUM.

Sebenarnya benda ni semua boleh buat tapi tak semuanya ikhlas.
Aku senyum kalau aku bahagia, hmm sedih? Lepas dah meraung tu baru senyum ah, hahahaha tak lah, benda semua boleh settle, kau relax, kau senyum sikit, insyaallah tenang doh, hahaha!
Bukan nak belagak acah acah cool ke apa tapi macam weh come on ahh senyum tu pengubat segalanya, sebab tu Allah bagi dekat kita, benda anugerah, percuma, gunalah sebaik mungkin.

Even kau typo sekalipun, kau wat lek, senyum doh senyum! Hahaha!
Hmm tapi orang yang banyak senyum ni lah yang banyak simpan perit dorang yang memang kadang kadang payah dorang nak luah.
Tapi wallahuallam lah, hati orang kan? Mana kita tahu :)

Senyum tu mesti ada even masalah besar mana pun kau hadap :)

Awak :)

28 OGOS 2012.



Terima kasih Ilham/awak/sayang/bie/you/intan payung/hang tuah/hang jebat/Ilam hebat :p

Ilam, thanks tau awak sebab jaga saya, terima saya, even kita baru lagi dalam sesi 'orientasi', hehehe :p Awak tahu tak awak comel ilam? You are perfect baby :*
Tak pernah expect pun dapat be together dengan awak, hahahah tapi alhamdullilah jodoh kannnn? Hehe.
I will try to make you happy Ilam, insyaallah :)
I will try to make you feel appriciated :)

Insyaallah Ilam, saya cuba,
Nina sayang awak Ilam.

Baby thanks cause fix my heart.

Sunday, August 26, 2012

Well, this is life :)

Bila difikir fikirkan balik, hidup ni adil je sebenarnya, tak ada yang kurang pun, semua Allah dah bagi sama rata, tapi kita ni je kadang kadang merungut, aku pun kadang kadang macam tu, Kita manusia kan? Memang salah tu ada je, hmm nak cakap lebih lebih pun aku ni bukan baik sangat, haha tak best ahh, tapi tulah sekarang kita makin membesar, makin matang, dah boleh fikir kot mana yang terbaik untuk kita, sebab kita pun kena main peranan bagi tentukan masa depan kita, tak gitu? Hehe :p

Cara cakap dah macam ahli falsafah, eh ni belum aku taip dalam english, eh memang berterabur, eh malaslah, hahaha! Bukan apa, bila aku perati balik hidup aku *tetiba terfikir masa lalu, hamboiii* aku rasa semua cukup, mula mula aku susah, sedih pesih aku dengan keluarga aku, semua kami tanggung sendiri, tapi sekarang? Allah tu maha besar, maha kuasa, Dia bagi rezeki dekat aku, haaaaa sampai sekarang ni aku dah boleh masuk KPTM *lagu KPTM dimainkan*. Alhamdullilah, itu semua kuasa Allah, apa dia nak jadi, maka jadilah, kan? Kita ni hamba, hanya merancang :)

Hidup ini cantik dan sangat bermakna, bersyukurlah sebab kita masih lagi mampu bernafas dan dapat terus hidup walaupun kadang kadang ada masalah, tapi benda tu semua ada jalan penyelesaian.

Alhamdullilah :)


Saturday, August 25, 2012

Sebenarnya..

Macam tak bersedia lagi nak fikir pasal couple balik, sebab benda tu buat aku serabut. Malas.

Saturday, August 18, 2012

Cerita lain.


Okay, macam mana nak mula ni? Complicated sangat, aku macam tersepit. Aku suka I, I pun suka aku, tapi D harapkan aku lagi, H pun sama, cuma aku sekarang lebih fokus dengan I, aku tak tahu kenapa, aku tahu cara aku ni mcm salah, tapi aku tak pun tak nak dorang berharap sebab sekarang aku memg heartless cuma hati aku I dah curi sikit, sikit ahh sikit.

Hmm maybe keadaan yang memaksa aku untuk berubah, hmm maybe orang pandang aku mcm 'Eh cepatnya kau move on', entah, kalau korang dkat situasi aku, maybe akan rasa yang sama, bila rasa dah tak ada, memang move on tu benda paling senang. Well, that's me :)

Aku tak cuba untuk cari orang lain, tapi yang lain tu datang sendiri, sekarang ni cerita hidup aku dah berubah, aku bukan dengan yang lama, sekarang yang baru, keadaan dia lebih kurang sama, tapi ug sekarang ni aku macam lagi suka. Eh entahalah! Aku tak boleh fikir, tapi Mell ada cakap dekat aku 'Follow your heart', so betul jugak dia cakap tu, hmm. Tapi aku mcm heartless, mcm mana nak follow? Hahaha k.

Lirik 'someone like you' tu memang tak kena sgt dgn aku, tapi mcm ada makna jugak lah sikit sikit kann? Ayat dah macam padiyappa, hmm bye.

'Pergi dekat orang yang boleh buat kau bahagia'

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Saudara Seislamku :)

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik Ramadhan dah hampir nak meninggalkan kita, sedih, sayu, hmm. Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam, semoga raya tahun ni lebih bermakna dan diberkati Allah S.W.T :)
Raya tahun ni, aku tanpa arwah nenek, sebak sayu semua ada, rindu tu memang selalu, tapi nak buat mcm mana, Allah lebih sayangkan dia, aku mampu berdoa agar arwah lebih tenang disana :')

Hmm kalau dulu, bila nak raya arwah nenek akan call ummi, suruh datang rumah dia, kemaskan rumah, hmm Ya allah, rindunya ain dekat nenek :(
Bila arwah dah pergi, memang terasa sgt kehilangan dia, hmm sangat terasa.

Ummi jugak rasa sayu dia bila raya datang, memang dia akan automatik cerita pasal arwah nenek, hmm aku nampak rindunya seorang anak kepada arwah ibu yang dulu banyak mendorong dia. Tapi ummi cuba kuat, beraya tanpa arwah nenek, biar pun sebak, tapi dia cuba, aku tahu!

Semoga Allah merahmati semua yang dah kembali ke rahmatullah :)

AL-FATIHAH.

Teman pengganti.


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
***
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
[Ulang ***]
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
:)

Tuesday, August 14, 2012

Berubah.

Kadang kadang tak semua yang kita rancang akan jadi kan? Dan kita selalu berharap untuk dapatkan sesuatu yang kekal tapi? Tak semuanya kekal :)
Kita berubah pun kadang kadang tak ada yang kekal, tapi alhamdullilah, hidup aku sekarang dah berubah sikit, aku lagi kuat, lagi pandai move in, sebab kalau aku tak belajar, mana aku nak tahu kan? Then aku akan tetap kenang benda lama yang tak sepatutnya aku kenang, and that's sucks! Haiihhh!

Tapi benda dah jadi, so kena redha, sebab hati pun dah tak ada, belajar jadi heartless :)

Wednesday, August 8, 2012

Sampai bila?

Setiap hari kau cakap benda yang sama, so macam mana kau nak move on? Kau tahu benda tu susah, tapi kau still ingat benda yang buat kau makin payah nak and susah nak move on, sampai bila sayang? Sampai bila? Hmmm

Mungkin sesetengah orang susah nak move on bila hilang orang tersayang, tapi kau kena cuba jugak, tak semua benda kau kena kekal kan, lagi lagi benda yang buat kau sedih and down tiap hari, hmm.

Hari hari weh kau kena cuba lupakan semuanya yang buat kau sakit, yelah mungkin tak semua kau boleh lupa, tapi at least ada percubaan dekat situ kan? Hmmm :)

Try.

Monday, August 6, 2012

Matang.

Bila dah 19 ni, memang semua apa aku buat aku fikir 2,3 kali sebab weh come on ahh, aku dah 19, next year 20, so macam nak main main tu tak boleh jugak, lepas apa yang jadi antara aku dengan dia, aku lebih dapat terima dugaan, lebih banyak belajar, lebih banyak fikir matang, fikir masa depan :)

Aku decide memang nak fokus, nak berubah, hmm aku banyak dosa weh :(

Kena pandai terima hakikat jugak, sebab apa yang jadi, Allah yang tetapkan, kita mana boleh nak bantah, siapa kita? Hmm

Memang sekarang ni kena banyak fikir positive, negative tu kau letak tepi, sebab masa depan kau, sebab keluarga dan sebab orang sekeliling kau.

Sebab ada masa kita serius dan ada masa kita main main :)

Matthew Bellamy.



"And our time is running outtttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt! Our time is running outtttttttttttt!!!!!"

He is so awesome! Aku macam in love balik dengan muse sebab dia! Bila karaoke, memang aku kena nyanyi "Time is running out" sebab lagu tu macam naik kan semangat aku, tapi kalau ada band2 lain yang ada dekat karaoke tu, sumpah aku nyanyi, lagi lagi The padang's! hahahaha

Sebenarnya aku macam tak ada apa nak update, nak tidur macam malas and memang tak boleh nak tido lagi, so aku update lah pasaiii vocalist muse ni, hmm weh sumpah nak dia! Nak dia and nak Gotye! Ahhhhhhhhhhhh! Hhahahaha k gila :p


Sunday, August 5, 2012

You still in my heart.



I'm so sorry :(


I know i'm not a good girl, hmm i leave him.
I feel sucks weh :(


Tapi soal hati perasaan ni, hmm aku tak boleh nak paksa, rasa tu hilang, and i walk away..
Dia memang sedih, tapi aku tak nak patah balik, aku tak nak buat dia sakit, sebab aku ni jenis, seorang perempuan yang cepat hilang rasa dekat orang yang dia sayang kecuali parents aku :(


Hmm memang lah dia rasa berat nak lepaskan aku, tapi aku tak boleh weh, aku tahu ramai akan cakap aku bodoh lah apa semua, tapi kalau dah tak rasa apa apa dekat dia, tak kan aku nak stay and keep on pretending?! No! Lagi sakit :(


Danial i'm so sorry. Lepaskan you mungkin lebih baik, mungkin ada hikmahnya Allah nak kita berpisah :'(


Memang kita banyak impian sama sama, tapi kadang kadang kita kena lepaskan apa yang kita rancang sebab benda tu belum tentu jadi, ramai tengok kita happy bahagia, tapi.. I'm so so sorry :'(


Even aku yang tinggal dia, tapi aku still nak contact dia, macam biasa, sebab payah dia tak ada, macam something missing, kawan mungkin lebih baik :')

Aku dah decide, memang dia yang terakhir, memang aku stay sorang sorang je lepas ni.

Kadang kadang aku tak tahu lah macam mana nak handle benda ni, ecen dah 3 hari aku break dengan dia, hmm terfikir fikir lagi, rasa serba salah tu ada lagi, aku tahu aku silap, lepaskan org yang aku sayang pergi macam tu je, aku macam tak fikir dia rasa apa semua bagai, tapi aku tak boleh! Sebab cinta tak semestinya harus memiliki :'(

Aku minta maaf, aku tak cukup bijak nak pertahankan hubungan aku dengan dia, aku harap dia dapat jodoh yang lagi baik dari aku, sebab aku teruk, dia boleh dapat someone better.

Everything happens for a reason, and the reason only Allah S.W.T know about it :)

Wednesday, August 1, 2012

Muzik keras.

Kenapa aku tetiba nak naik tajuk ni pun aku tak tahu, tapi dulu aku dah penah post kot, entah. Haha.
Muzik keras? K lah senang cerita hardcore/screamo/heavymetal/underground and macam macam lagi ahh, hmm aku tak cakap lah aku tumpu dekat 1 jenis muzik ni je, lagu jiwang dangdut pun wa layan der, cuma minat lebih lagi dengan lagu lagu macam ni ahh, haha :p

Memang lah macam pelik sebab aku pakai berhijab kan? Tapi salah ke? Aku just dengar je, sebab benda tu macam buat aku jadi lagi kental. ceh kental ~ haha

Lagi pun abah macam okay je kalau aku nak dengar lagu lagu macam tu, kalau orang nak cakap apa pun aku macam tak ambik pot sangat, sebab aku tak menyusahkan dorang pun dengan minat aku ni, haha

Jadi, apa pun, jiwa kena keras, leleh sangat pun tak boleh, err macam takde kena mengena, haha bye :p