Tuesday, November 6, 2012

Manusia sekarang.

Tak tahu dari mana nak mula, tapi yang aku tahu, kita ni makin lama makin tak ada adab, aku cakap ni pun nak betulkan diri jugak. Ye aku mengaku, aku memang suka mencarut, memang kalau aku rasa benda lawak pun, paling paling bangsat perkataan keluar 'Lawak lah sial'.

Kira sekarang mencarut ni memg dah sebati, kita semua pernah mencarut doh, gentle cakap. Haha
Nak bajet baik pun tak boleh gak, sbb diri sendiri pun tak betul lagi.
Tapi kdg2 manusia ni, acah acah gak tunjuk baik, tapi perangai sebenar? Hmm 

Aku pun tak ckp lah aku baik, cuma cuba jadi diri sendiri, kau nak tiru org lain pun bukan kau dapat apa babe. Hmm haha lawak

K bye.

Distance is killing us.

Dear sayang,

If you read this, maybe we are not together now, maybe you are far away from me, hmm but its okay, I know distance is very the bullshit one, distance always tear us apart, sad. Yes I'm sad sayang, I can't go further without you here sayang, hmm.

Sayang, you must know something,

You are everything to me. Without you I'm empty. You must stay here with me, keep safe my heart and I'll keep yours. I love you more than I love anyone before, its just different when I'm with you. Yes I'm happy happy, swear to God I'm happy sayang :')

Please take care of me honey, we can go further if we really want this relationship stay longer till forever.

You are my heart, soul, friend, enemy, and you are my hero.

Awak lah kawan, awak lah lawan, awak lah pelindung, dan awak lah segalanya :)

Kita comel, kau ada? Tak adoooo :p

Saya bersama dengan jaguh BOWLING, hmm :p

Monday, October 1, 2012

Aku kuat aku tahu :)


Hi people :)
Sejak dua menjak ni emosi aku macam tak stabil sangat, tak tahu lah mana silap dia, kalau nak kata ada problem, tak jugak, hmm entah ahh weh, tak dapat nak terangkan :)
Aku ketawa senyum semua sama je, tapi diri aku ni macam ada something yang tak kena dan aku sendiri tak tahu apa masalah aku, hahah.
Dah lah nak final exam ni, satu apa pun aku tak study lagi, malas tu makin lama makin menggunung, haha
Pasal sem 2 pulak, memg berat ahh, haha tapi aku try lagi gelak senyum, tapi sakit, sakit ahh nak jauh dgn ilam, haihhh! Tapi bukan jauh mana, aku damansara, dia dekat sini jugak, haha
Tapi aku tahu, aku kuat, aku boleh doh, aku tak boleh nak harap dia je, ye memang dia semangat aku, tapi aku kena cuba jugak belajar jauh dari dia, hmm kena cuba kena jadi kuat :)



Thursday, September 27, 2012

Sudah sebulan.

I write this thing just for you, and i dedicated for you.
Sayang, jaga diri bila saya tak ada dengan awak, sebab saya bukannya selalu ada untuk awak sayang.
Saya tak boleh ada sebelah awak setiap masa, lain lah kalau dalam phone, itu 24hour saya boleh.
Just remember this babe, I always in your heart no matter whta happen, and you already be the part of my life sayang :)

Ingat, biar kita kena berjauhan ke nanti, saya tetap ada awak sorang, kita kena bertahan awak.
Tak kira apa pun yang kita kena hadap nanti, kita tetap kena hadap.

Awak, hari ni 28/9/2012, cukup sebulan kita bersama awak.
Rasa macam dah bertahun, tapi sebulan je baru, hehe :p
Tolong saya, kita sama sama jaga relationship ni kay sayang?
Ilham utama, Nur'ainina sayang awak :)

Jaga diri, saya sayang awak.

Tuesday, September 25, 2012

Kau ada, aku lengkap.

'KAU ADA AKU RASA AKU SEMPURNA, SEBAB SEPARUH DARI DIRI AKU ADALAH KAU'


Memang sebenarnya bila kita sayang orang ada yang tak boleh nak cakap melalui perkataan tapi perkataan tulah yang bagi semangat dekat kita, yang buat kita bahagia je bila baca, words are power to us, yes it is!

Ilham, kalau awak nak tahu, awak ni dah cukup sempurna dah untuk saya.

Sayang, so sweet ahh doh part toilet tu, rasa macam nak sepak, haha :p

Aku pegang semua ni..

Kalau dia tak datang dalam hidup aku, tak kan aku rasa sempurna.



Jantung.


Setiap masa dengan awak, saya rasa lain, rasa bahagia yang tak boleh nak cakap, yang pasti saya terlalu sayangkan awak Ilham Utama :') 


Rambut ilham kalau tak pakai wax lagi comel, nampak serius macam baby, weh nak sepak boleh tak? Hahaha! Sayang ilham :* 

'Every moment with you is the moment that I treasure'

Bahagia sumpah bahagia.


 Kalau boleh kan, biar aku mati dulu sebelum ummi dan biar ajal aku sampai dulu sebelum ilam.
Sebab aku rasa dua orang ni umpama jantung aku, yang bila dorang takde aku hancur.



Baby girls.


Ini lah mereka yang boleh tahan rapat dengan aku sekarang ni, well dunia kolej, kawan baru memang ada, tapi yang lama tak pernah aku lupa :)
I just love all of my girlprenggg "*



  Dari depan tu, Faa then dyla lepas tu Nina comel dan last sekali deyna, hehe :3

 Dari kiri Nina comel, ema, dyla and faa :p

 With baby Shima :3

 Nina ni dah lah comel lepas tu kuat pulak tu, boleh angkat Afi lagi, hahaha :p



 Kita dekat tengah then ada Dyla sebelah kiri, and my sayang at my right :D

Buat sesuatu fikir dulu :)

Assalamualaikum sayang :)

Macam lama gak ahh wa tak update blog ni, haha busy ahh, busy dengan kekasih, eh? Hahaha! So sebenarnya takde apa nak cakap, jst nak pesan je ahh, kita ni manusia hidup kalau boleh jgn menyusahkan orang, sebab lama lama org pun hilang hormat dengan kita, so bila kita buat sesuatu pun kita kena fikir baik buruk dia, tak boleh nak ikut kepala sendiri je, bukan kita sorang je yg duduk dalam dunia ni :)

Bukan apa lah, bila perangai kita tak bagus, orang pandang kita rendah, nak ke kena pijak? Nak ke kena pandang serong? Nak nama kita naik jadi buah mulut orang? Memang tak ada orang nak semua tu, tapi tulah kan, aku just pegang ayat ni je 'BIAR ORANG BUAT KITA, JANGAN KITA BUAT ORANG'.
Bukan nak bajet baik, aku update ni pun atas dasar aku nasihatkan diri aku jugak, nak betulkan diri sendiri jugak, bagi yang terasa, maaf, selamat hari raya, haha :p

'SOMETIMES, KARMA IS REAL, AND WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK'

Wednesday, September 19, 2012

Macam jatuh bangun semula.


Assalamualaikum semua, hehe :)

Macam dah lama pulak aku tak update blog enn? Maaf lah busy dengan study, cewahhhh! Dah macam artis busynyeww, hahaha! Hmm i just want to start my blog with a little bit story about me and him, hehe :)
Alhamdullilah, setakat ni kami bahagia, yes makin bahagia! Kadang2 tu macam angau lah jugak, hahahah memang boleh tengok lah blog aku ni kan, semua pasal Ilam, hehe :p
Serius ahh, life aku macam berubah sekarang, macam jatuh bangun semula. Sebab? Ilham mungkin :)


Sebab tak kira apa jadi, aku akan pandang kedepan dan aku akan terus fikir yang aku ada dia je sebagai teman, musuh, kawan, kekasih dan......segalanya :)

Thursday, September 13, 2012

Hari ini hari kita :)


Assalamualaikum :)

Hari ni KPTM ada buat makang makang sikit, haaaaaaaa, kira kenduri raya macam tulah.
Dah alang alang tu, aku dengan ilham pun nikah sekali lah, eh? hahahah joke joke :p
Tak best mana pun majlis tu, yang bestnya sebab makan free ahh, hahaha!
Dan, hari ni memang aku spent time dengan Ilham, yelah, dah nak cuti, bukan cuti sem lah, tapi cuti entah cuti apa entah nama dia, haha tapi yang pasti CUTI!

Ilham nampak handsome sangat hari ni, serius tak tipu weh, hahaha memang dah cukup cair dah ni :p
Aku pakai baju kebaya, hmm k aku ahh. Baju Dyla aku pinjam, dah korang tak fikir pulak betapa peliknya lahai aku pakai mcm tu, hahaha! Then masuk kelas, semua pakat pandang pelik, tapi memang pelik pun, zzzzz ~ Tapi watlek, benda aku pakai sbb rasa nak pakai, hehe :p

Spent time dengan Ilham memang paling heaven, dengan gelak macam gilanya, lagi2 masa dekat library, hahaha! Ilham paling sakai tapi comel ahh, yelah, gelak gelak, benda dalam library dia buat bising, hahaha dah aku pun sama, tak payah bising, zzzzz ~

Lepas tu, lepak mamak dengan Ilam, hmm masa tu aku dah rasa sebabk dah, sbb yelah, dia nak balik seremban enn? Hmm tahan jugaklah airmata masa tu, tapi bila Ilam dah gerak naik motor dengan Daddy, and aku balik dengan Dyla, terus jatuh airmata ni haaaa, hmm rindu :'(

Memang berat jugak ahh nak biar Ilam pergi, memang lah selasa ni jumpa balik, tapi mcm lama gila doh nak selasa, sakit ahh :(

Tapi takpe, aku cuba, Ilam pun mesti cuba, belajar berjauhan, boleh punya :)

Ilham, saya sayang awak sebab awak sempurna :)



Dengan Ilam sayang :*


Sayang I love you :*

Sunday, September 9, 2012

Hari...

Hari ni bukan macam semalam, tapi hari esok, belum tentu boleh jadi yang macam hari ni.

Setiap ari macam ada kitaran dalam hidup kita yang kadang2 kita tak sedar, macam hari ni kita gembira esok kita tiba tiba rasa sedih dan macam payah nak teruskan hari hari yang akan datang, hmm well, itu lah hidup :)

Thursday, September 6, 2012

You + Me = Forever.

I just love the way you care about me, the way you try to be sweet, mannnn its killing me ya know? :')
I just love you sayang, with all my heart and soul.
Macam lemah jugak awak tak ada, kalau boleh selama saya hidup ni, memang saya nak awak je ada dgn saya ilam.

Sebab apa saya buat, memang tak pernah lupa nama awak, serious doh.
Tak pernah saya sayang lelaki mcm saya sayang awak ilam.
Tolong ahh kekalkan relationship ni Ilam.

Tolong bantu saya terus berdiri atas dunia ni Ilam, biar kita jadi yg halal suatu hari nanti, insyaaallah :), tak tahu macam mana saya nak explain dengan ayat ayat lagi ilam, tapi yang pasti memang saya sayang awak, dan hari hari saya jatuh cinta dengan awak :)

Sebab awak yang teristimewa sayang.


Tak ada kau, aku jatuh.


Hi sayang :)

Ilham, nina want to say sorry if nina too rude and bad towards you Ilam, nina tak boleh lah kalau Ilam takde, hmm Ilam please jaga nina okay? Hmm tak pernah nina rasa down gila semalam oh, serious, nina tak tahu lah kenapa, sayang nina dekat Ilam kuat gila, sumpah Ilam, and bila kita gaduh, nina macam down gila babi doh, haihh! Memang mengalir semua ahh, tak ingat apa dah, kepala ada ilam je, yes Ilam i'm too addicted to you Ilam.

Tapi alhamdullilah, hari ni semuanya dah okay, hehe :)
Ilam so sweet, tapi nina lagi sweet, hahahaha! :p

Cause you are gonna be my only man :)

Monday, September 3, 2012

Ilam take care.


Aku tertidur, then bila aku terjaga, aku terus tengok bbm, tweet semua, Ilam cakap dia demam, batuk berdarah, weh Allah je tahu mcam mana risau nya aku lah, jantung mcm nak tercabut, terus aku fikir macam macam, weh tak nak tak nak, aku tak nak hilang Ilam, boleh gila meroyan aku weh :(

Aku terus bbm Ilam, membebel dengan dia, haaaaa memang kena, then dia ye sayang ye sayang, haha comel je ilam bila kena bebel, haha :) Yelah weh, dia bf aku, siapa tak risau, aku dah agak, rokok punca dia, hmm tu aku risau je bila dia smoke, haihh.

Ilam kena jaga kesihatan, dan aku kena jaga dia, kita dua kena stay kuat. insyaallah :)

Tapi takpe, benda boleh settle :)

Tak expect pun hari ni bila dah happy happy, tiba tiba aku dengan ema ada salah faham, haihh!
Keaadaan aku memang serabut sikit lah kan, bukan sikit, tapi bnyak kot, aku cuba kawal, cuba stay strong!

Aku sayang doh kawan kawan aku, so bila sampai 1 tahap pasal kawan, aku memang lemah, memang susah nak kawal :(

Allah je tahu mcm mana aku rasa tadi, tapi aku decide minta maaf, salah aku jugak, aku ni kasar sgt, hmm :(

Tapi last last, okay dah, haaaa nampak tak berkat kesabaran tu? Hehe

Kawan, aku sayang kau, tolong kekal dunia akhirat,, insyaallah :)

 Ema comel.

Cause I love you.


Assalamualaikum :)

Well, hello people..this is my boyfriend, handsome kannn? Yes he is! Hehe :)
Ilam nama dia, Ilam ni kan even aku mcm baru kenal dia, tapi aku dah boleh tangkap sikit perangai dia mcm mana, dia ni jenis bila dia ada problem, dia tak nak bg tahu, tak nak buat org risau bagai, hmm lebih kurang je mcm aku, tapi aku bukan budak2, aku nmpak je kalau ilam ada problem, nampak sangat, sebab perangai dia dah mcm aku, jenis depan orang memg dia happy, tapi sampai satu masa, dia rasa lemah, eh sama sangat sayang dengan saya! 

Aku cuba buat dia bahagia dengan aku, cukup untuk dia lupa masalah, aku cuba ada untuk dia bila dia perlu aku, sebab aku sayang dia, sayang ni lain, kuat sangat, so memg rasa tak nak hilang dah :(
Aku tak nak sedih lagi lah, fikir benda benda lepas, tak berbaloi, aku nak fokus apa yg ada depan aku sekarang, no matter what happens, aku try stay dengan Ilam, insyaallah :)
Ilam ni understanding, caring, manja, baik, comel, handsome eh semuanyalah! hehe

Kalau blog aku ni nak penuh pasal dia pun kenapa? Biar lah, aku suka isi hidup aku dengan ilam, and that's why aku pilih Ilam, aku dapat rasa yg dia boleh buat aku happy. Insyaallah :)

Ilam, saya sayang awak, dan tak ada siapa lah boleh ambik awak dar saya, meh langkah mayat saya dulu, hahah! :)

ForeverIlam <3

Saturday, September 1, 2012

Cause you are the reason why I smile baby :)


Ignored my bloody damn face, yang pasti Ilam handsome :*

Thanks sayang, almost two days kita berdua spent time together, ceh macam dekat dalam kolej tak jumpa enn? Haha! Thanks to dyla and ema yang travel bersama, hahaha kemain travel lagi weh :p
Like seriously sayang aku dekat Ilam makin bertambah doh, even kami ni tak sebaya tapi aku boleh pergi dengan dia, eh memang hari hari lah dia kena bahan dengan kak long ni haaaaaa, hahahaha! :p
Ilam 18 aku 19, so what? Weh both of us are in love and deeply in love, so please, pray for us. Harap Ilam yang terakhir :)

Ilam, tolong jaga saya tau, saya tak boleh kalau awak takde, macam tak lengkap :(

ILAM I LOVE YOU :)

Wednesday, August 29, 2012

SENYUM.

Sebenarnya benda ni semua boleh buat tapi tak semuanya ikhlas.
Aku senyum kalau aku bahagia, hmm sedih? Lepas dah meraung tu baru senyum ah, hahahaha tak lah, benda semua boleh settle, kau relax, kau senyum sikit, insyaallah tenang doh, hahaha!
Bukan nak belagak acah acah cool ke apa tapi macam weh come on ahh senyum tu pengubat segalanya, sebab tu Allah bagi dekat kita, benda anugerah, percuma, gunalah sebaik mungkin.

Even kau typo sekalipun, kau wat lek, senyum doh senyum! Hahaha!
Hmm tapi orang yang banyak senyum ni lah yang banyak simpan perit dorang yang memang kadang kadang payah dorang nak luah.
Tapi wallahuallam lah, hati orang kan? Mana kita tahu :)

Senyum tu mesti ada even masalah besar mana pun kau hadap :)

Awak :)

28 OGOS 2012.



Terima kasih Ilham/awak/sayang/bie/you/intan payung/hang tuah/hang jebat/Ilam hebat :p

Ilam, thanks tau awak sebab jaga saya, terima saya, even kita baru lagi dalam sesi 'orientasi', hehehe :p Awak tahu tak awak comel ilam? You are perfect baby :*
Tak pernah expect pun dapat be together dengan awak, hahahah tapi alhamdullilah jodoh kannnn? Hehe.
I will try to make you happy Ilam, insyaallah :)
I will try to make you feel appriciated :)

Insyaallah Ilam, saya cuba,
Nina sayang awak Ilam.

Baby thanks cause fix my heart.

Sunday, August 26, 2012

Well, this is life :)

Bila difikir fikirkan balik, hidup ni adil je sebenarnya, tak ada yang kurang pun, semua Allah dah bagi sama rata, tapi kita ni je kadang kadang merungut, aku pun kadang kadang macam tu, Kita manusia kan? Memang salah tu ada je, hmm nak cakap lebih lebih pun aku ni bukan baik sangat, haha tak best ahh, tapi tulah sekarang kita makin membesar, makin matang, dah boleh fikir kot mana yang terbaik untuk kita, sebab kita pun kena main peranan bagi tentukan masa depan kita, tak gitu? Hehe :p

Cara cakap dah macam ahli falsafah, eh ni belum aku taip dalam english, eh memang berterabur, eh malaslah, hahaha! Bukan apa, bila aku perati balik hidup aku *tetiba terfikir masa lalu, hamboiii* aku rasa semua cukup, mula mula aku susah, sedih pesih aku dengan keluarga aku, semua kami tanggung sendiri, tapi sekarang? Allah tu maha besar, maha kuasa, Dia bagi rezeki dekat aku, haaaaa sampai sekarang ni aku dah boleh masuk KPTM *lagu KPTM dimainkan*. Alhamdullilah, itu semua kuasa Allah, apa dia nak jadi, maka jadilah, kan? Kita ni hamba, hanya merancang :)

Hidup ini cantik dan sangat bermakna, bersyukurlah sebab kita masih lagi mampu bernafas dan dapat terus hidup walaupun kadang kadang ada masalah, tapi benda tu semua ada jalan penyelesaian.

Alhamdullilah :)


Saturday, August 25, 2012

Sebenarnya..

Macam tak bersedia lagi nak fikir pasal couple balik, sebab benda tu buat aku serabut. Malas.

Saturday, August 18, 2012

Cerita lain.


Okay, macam mana nak mula ni? Complicated sangat, aku macam tersepit. Aku suka I, I pun suka aku, tapi D harapkan aku lagi, H pun sama, cuma aku sekarang lebih fokus dengan I, aku tak tahu kenapa, aku tahu cara aku ni mcm salah, tapi aku tak pun tak nak dorang berharap sebab sekarang aku memg heartless cuma hati aku I dah curi sikit, sikit ahh sikit.

Hmm maybe keadaan yang memaksa aku untuk berubah, hmm maybe orang pandang aku mcm 'Eh cepatnya kau move on', entah, kalau korang dkat situasi aku, maybe akan rasa yang sama, bila rasa dah tak ada, memang move on tu benda paling senang. Well, that's me :)

Aku tak cuba untuk cari orang lain, tapi yang lain tu datang sendiri, sekarang ni cerita hidup aku dah berubah, aku bukan dengan yang lama, sekarang yang baru, keadaan dia lebih kurang sama, tapi ug sekarang ni aku macam lagi suka. Eh entahalah! Aku tak boleh fikir, tapi Mell ada cakap dekat aku 'Follow your heart', so betul jugak dia cakap tu, hmm. Tapi aku mcm heartless, mcm mana nak follow? Hahaha k.

Lirik 'someone like you' tu memang tak kena sgt dgn aku, tapi mcm ada makna jugak lah sikit sikit kann? Ayat dah macam padiyappa, hmm bye.

'Pergi dekat orang yang boleh buat kau bahagia'

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Saudara Seislamku :)

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik Ramadhan dah hampir nak meninggalkan kita, sedih, sayu, hmm. Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam, semoga raya tahun ni lebih bermakna dan diberkati Allah S.W.T :)
Raya tahun ni, aku tanpa arwah nenek, sebak sayu semua ada, rindu tu memang selalu, tapi nak buat mcm mana, Allah lebih sayangkan dia, aku mampu berdoa agar arwah lebih tenang disana :')

Hmm kalau dulu, bila nak raya arwah nenek akan call ummi, suruh datang rumah dia, kemaskan rumah, hmm Ya allah, rindunya ain dekat nenek :(
Bila arwah dah pergi, memang terasa sgt kehilangan dia, hmm sangat terasa.

Ummi jugak rasa sayu dia bila raya datang, memang dia akan automatik cerita pasal arwah nenek, hmm aku nampak rindunya seorang anak kepada arwah ibu yang dulu banyak mendorong dia. Tapi ummi cuba kuat, beraya tanpa arwah nenek, biar pun sebak, tapi dia cuba, aku tahu!

Semoga Allah merahmati semua yang dah kembali ke rahmatullah :)

AL-FATIHAH.

Teman pengganti.


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
***
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
[Ulang ***]
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
:)

Tuesday, August 14, 2012

Berubah.

Kadang kadang tak semua yang kita rancang akan jadi kan? Dan kita selalu berharap untuk dapatkan sesuatu yang kekal tapi? Tak semuanya kekal :)
Kita berubah pun kadang kadang tak ada yang kekal, tapi alhamdullilah, hidup aku sekarang dah berubah sikit, aku lagi kuat, lagi pandai move in, sebab kalau aku tak belajar, mana aku nak tahu kan? Then aku akan tetap kenang benda lama yang tak sepatutnya aku kenang, and that's sucks! Haiihhh!

Tapi benda dah jadi, so kena redha, sebab hati pun dah tak ada, belajar jadi heartless :)

Wednesday, August 8, 2012

Sampai bila?

Setiap hari kau cakap benda yang sama, so macam mana kau nak move on? Kau tahu benda tu susah, tapi kau still ingat benda yang buat kau makin payah nak and susah nak move on, sampai bila sayang? Sampai bila? Hmmm

Mungkin sesetengah orang susah nak move on bila hilang orang tersayang, tapi kau kena cuba jugak, tak semua benda kau kena kekal kan, lagi lagi benda yang buat kau sedih and down tiap hari, hmm.

Hari hari weh kau kena cuba lupakan semuanya yang buat kau sakit, yelah mungkin tak semua kau boleh lupa, tapi at least ada percubaan dekat situ kan? Hmmm :)

Try.

Monday, August 6, 2012

Matang.

Bila dah 19 ni, memang semua apa aku buat aku fikir 2,3 kali sebab weh come on ahh, aku dah 19, next year 20, so macam nak main main tu tak boleh jugak, lepas apa yang jadi antara aku dengan dia, aku lebih dapat terima dugaan, lebih banyak belajar, lebih banyak fikir matang, fikir masa depan :)

Aku decide memang nak fokus, nak berubah, hmm aku banyak dosa weh :(

Kena pandai terima hakikat jugak, sebab apa yang jadi, Allah yang tetapkan, kita mana boleh nak bantah, siapa kita? Hmm

Memang sekarang ni kena banyak fikir positive, negative tu kau letak tepi, sebab masa depan kau, sebab keluarga dan sebab orang sekeliling kau.

Sebab ada masa kita serius dan ada masa kita main main :)

Matthew Bellamy.



"And our time is running outtttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt! Our time is running outtttttttttttt!!!!!"

He is so awesome! Aku macam in love balik dengan muse sebab dia! Bila karaoke, memang aku kena nyanyi "Time is running out" sebab lagu tu macam naik kan semangat aku, tapi kalau ada band2 lain yang ada dekat karaoke tu, sumpah aku nyanyi, lagi lagi The padang's! hahahaha

Sebenarnya aku macam tak ada apa nak update, nak tidur macam malas and memang tak boleh nak tido lagi, so aku update lah pasaiii vocalist muse ni, hmm weh sumpah nak dia! Nak dia and nak Gotye! Ahhhhhhhhhhhh! Hhahahaha k gila :p


Sunday, August 5, 2012

You still in my heart.



I'm so sorry :(


I know i'm not a good girl, hmm i leave him.
I feel sucks weh :(


Tapi soal hati perasaan ni, hmm aku tak boleh nak paksa, rasa tu hilang, and i walk away..
Dia memang sedih, tapi aku tak nak patah balik, aku tak nak buat dia sakit, sebab aku ni jenis, seorang perempuan yang cepat hilang rasa dekat orang yang dia sayang kecuali parents aku :(


Hmm memang lah dia rasa berat nak lepaskan aku, tapi aku tak boleh weh, aku tahu ramai akan cakap aku bodoh lah apa semua, tapi kalau dah tak rasa apa apa dekat dia, tak kan aku nak stay and keep on pretending?! No! Lagi sakit :(


Danial i'm so sorry. Lepaskan you mungkin lebih baik, mungkin ada hikmahnya Allah nak kita berpisah :'(


Memang kita banyak impian sama sama, tapi kadang kadang kita kena lepaskan apa yang kita rancang sebab benda tu belum tentu jadi, ramai tengok kita happy bahagia, tapi.. I'm so so sorry :'(


Even aku yang tinggal dia, tapi aku still nak contact dia, macam biasa, sebab payah dia tak ada, macam something missing, kawan mungkin lebih baik :')

Aku dah decide, memang dia yang terakhir, memang aku stay sorang sorang je lepas ni.

Kadang kadang aku tak tahu lah macam mana nak handle benda ni, ecen dah 3 hari aku break dengan dia, hmm terfikir fikir lagi, rasa serba salah tu ada lagi, aku tahu aku silap, lepaskan org yang aku sayang pergi macam tu je, aku macam tak fikir dia rasa apa semua bagai, tapi aku tak boleh! Sebab cinta tak semestinya harus memiliki :'(

Aku minta maaf, aku tak cukup bijak nak pertahankan hubungan aku dengan dia, aku harap dia dapat jodoh yang lagi baik dari aku, sebab aku teruk, dia boleh dapat someone better.

Everything happens for a reason, and the reason only Allah S.W.T know about it :)

Wednesday, August 1, 2012

Muzik keras.

Kenapa aku tetiba nak naik tajuk ni pun aku tak tahu, tapi dulu aku dah penah post kot, entah. Haha.
Muzik keras? K lah senang cerita hardcore/screamo/heavymetal/underground and macam macam lagi ahh, hmm aku tak cakap lah aku tumpu dekat 1 jenis muzik ni je, lagu jiwang dangdut pun wa layan der, cuma minat lebih lagi dengan lagu lagu macam ni ahh, haha :p

Memang lah macam pelik sebab aku pakai berhijab kan? Tapi salah ke? Aku just dengar je, sebab benda tu macam buat aku jadi lagi kental. ceh kental ~ haha

Lagi pun abah macam okay je kalau aku nak dengar lagu lagu macam tu, kalau orang nak cakap apa pun aku macam tak ambik pot sangat, sebab aku tak menyusahkan dorang pun dengan minat aku ni, haha

Jadi, apa pun, jiwa kena keras, leleh sangat pun tak boleh, err macam takde kena mengena, haha bye :p

Monday, July 30, 2012

Blog berterabur.

Aku tak faham apa jenis blog yang aku cuba tonjolkan dekat sini.
Mula mula tu okay, lama lama, hmmm! BERTERABUR!
Hahaha, k lawak ahh, acah acah design blog nak bagi lawa, tapi last last, celaka gak ahh -.-

Tapi janji bila baca, kita faham.

Aku teruk.

Sangat teruk, dan itu aku. Benda kecik aku tak boleh kawal, perasaan aku tak boleh nak elak. Aku tak boleh, lemah weh, bila orang lain tiba tiba dtg dalam life kau then 'dia' pulak makin mcm pelik aku dgn dia, tak ada yang peliknya pun, cuma aku lah yg tak boleh nak kawal perasaan aku dgn 'orang lain'.

Danial mesti sedih, kecewa, aku tahu tu. Hmm, he was my boyfriend weh, which I know he will be upset when i'm getting close with another person, he must feel like the neglected. I do not like this thing so long, it is when think back, I did not 'play dirty three "already, but I am getting a lot of close friends. 

Close friend? Lelaki lah, kalau perempuan tu memang dia takde hal ahh, hmm silap aku jugak, rasa teruk gila weh, serius ahh :(

I'm so sorry baby, tapi insyaallah, rasa tu aku boleh kawal, aku sayang Danial sorang je. Aku janji tak kan pergi kecuali aku mati.

I didn't mean to hurt you.

Saturday, July 28, 2012

'Kali ini kita pergi lebih jauh'




"Kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh"


Semuanya boleh pergi jauh kalau nak, jauh tu banyak makna, jauh dari dunia, jauh dari orang ramai, jauh dari masalah, jauh dari realiti.
Agak puitis sastera sedikit ayat aku, bosan dan inilah hasilnya.
Tapi yang pasti aku tak nak jauh dengan orang yang aku sayang, tak boleh, can die weh :/


Ummi abah adik adik Danial kawan kawan sedara mara dan diri aku sendiri.


Semua tu boleh bawa aku pergi jauh, sebab semua tu semangat aku.
Yelah, aku makin dewasa, banyak lagi nak fikir, banyak benda yang boleh jadi, aku tak boleh jangka tapi aku kena hadap semuanya. Sebab tu ujian.


Hari hari kena kuat, hari hari kena pandang depan, toleh belakang tak ada guna, sebab apa yang jadi dekat belakang tu dah jadi sejarah.

Thursday, July 26, 2012

Tak boleh agak.

Banyak benda yang macam tak boleh agak weh dalam hidup ni, sebab semua Allah dah tetapkan, kalau semua benda kau buat kau dah boleh agak apa jadi, hmm itu bukan kehidupan.

Apa yang kita rasa pun kadang kadang kita tak boleh agak, benda ni lagi payah sebenarnya, perasaan tu kejap okay kejap tak, mungkin faktor emosi jugak, hmm k hmm.

Sebenarnya bila dah cuba fikir positive pun, negative tu mesti datang, memang tak boleh nak agak.

Wednesday, July 25, 2012

Perlu ke?

Aku jenis tak suka sangat 'mereka' yang suka besar besar kan hal kecik jadi besar, benda boleh settle, tak perlu terasa hati apa semua bagai, mcm zzz weh perlu ke? Haihh

Bukan tak nak lawan balik, tapi respect, sebab dia masih bergelar 'kawan', walaupun kawan 'baru' kannnnnnnn? Zzzzz

Jangan cakap 'I'm not selfish' sangat, sebab kadang kadang apa yang kau buat tu, memang ada 'I'm not selfish' tu :)

Akhirnya.

Bila dah lama tak jumpa, then bila jumpa rasa macam berdebar tu datang balik, acah acah mcm first time jumpa. Haha
Rindu baq ang ~
Dia handsome, haha, sumpah tak expect dapat keluar dengan Danial dekat key ell, hahahah
BEST! Memang tak puas sebenarnya, dah kena pisah balik lepas tu, haihh!

Danial boyfie aku yg pertama yang buka puasa dengan aku, sumpah sungguh tak tipu :*
Thanks sebab susah susah dtg jumpa aku, hmm :')

Setiap pengorbanan yang kita buat, ada yang nampak, ada :)

Sunday, July 22, 2012

Alam baru :)



Assalamualaikum :)


Rasanya dah lama dah ni aku tak bukak blog aku ni, rasa mcm berhabuk dah *batukbatuk*
Nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan, cewahhhh! :p
Ttetiba ada lambang KPTM enn? Haha! Tulah ALAM BARU yg aku ckp tu, hmm sekali lagi aku bergelar pelajar, tp ni naik sikit dari menengah, haha :p


Alhamdullilah, setakat ni okay lg, assignment pun mcm dah mula, rasa mcm, rasa...... rasa menyesal pulak masuk kolej, hahahaha. Tapi mana boleh rasa tu nak diteruskan, sebab itu tanggungjawab aku, aku yg pilih jalan tu, so aku kena terima :)


Kawan baru pun ramai, hmm tapi still tak boleh lawan KAWAN LAMA, weh rindu gila ahh doh :(
Tapi keaadaan mcm ni aku kena biasakan, tambah lg aku duduk hostel, haihhhh!


Ayat memang agak sastera even aku ambik TESL, bahasa ibunda tetap jadi kegemaran, hamboiiii! Hahaha


Macam tak tahu nak tulis apa lg, haha k bye :*

Thursday, June 21, 2012

Hi!

                                           
HI!


Macam lama gak tak update enn? Boleh lah boleh lah ~ zzzzz
Bukan tak ada masa, ada ada, eh bukan nak belagak busy, malas nak bukak lappy je pun sebenarnya ~
Lagi pun aku mcm asyik keluar je, tak duduk rumah, hmm tau tau je isnin ni nak p KPTM dah *lap airmata*

Sebak tu memang sebak, tapi kena kuat jugak ahh *cara macam nak p jauh*
Danial ahh paling sedih, yelah dia mana boleh pisah dgn gf dia yg comel ni *peace*
Ayat yg atas tu mcm perasan sikit, ahhh biar biar ~ haha

Life aku masuk bulan 6 ni, memang sibuk, masalah pun ada, mcm lagi payah sikit dari bulan 5 :p
Alaaaa nak conplain sgt pun tak boleh enn? Dah kata LIFE, haaaa nak buat camne lagi? Terima jelah :)
Hmmm aku mcm banyak mengeluh tapi tak berpeluh, Eh! haha

Lepas ni maybe lagi jarang aku update, yelah, dak dah nak sambung belajar ennnnnnn? haha
Yang penting berkat doa ummi abah yg aku minta, yelah, siapa tak nak berjaya enn? Buat parents bangga dengan kita, haaaaa :)

'Cause there is no guarantee, that this life is easy'

Monday, June 18, 2012

From worst to good.

                                     
This quotes. Is. Rite.


I try to change for the people i love, my family, my boyfriend. And for THE ONLY ONE. ALLAH S.W.T :)
Memang lah susah nak berubah, bukannya sehari je kita terus boleh berubah, kalau boleh pun, esoknya mesti macam jadi balik. And that sucks.


Aku tak cakap lah aku berubah mendadak, tapi repair apa yang patut, yang kasar, kita lembutkan, yang biadap kita adakan adab tu. Tapi lagi aku cuba lagi aku rasa payah, kenapa? Allah tahu cara uji hamba-NYA :)


Tapi cuba, cuba selagi kau boleh, berubah selagi kau mampu, layan orang baik baik, biar orang buat kita, jangan kita buat orang, buar orang bagi taik dekat kita, janji kita elak taik tu, mungkin kena balik dekat dia, eh jap, kasar jugak ayat tu -.- Haha k


Change for yourself. Cause you can :)

Adik adik je :)

18/6/2012.

Ainina, arif, nasohah, afiqq, faris and kawan afiqq.
Haha entah macam mana aku boleh lepak dgn dorang, tapi sebenarnya memang plan pun, kira aku yang ajak, arif pun memang nak lepak dgn aku sebab dah lama plan, so hari ni baru jadi plan tu, haha


Mula mula tu okay lah, tapi banyak senyap, main phone apa semua bagai, yelah tak biasa sangat enn? Then dah lama lama tu baru macam best, aku mcm ajak afiqq p karok, alang alang tu aku ajak arif semua, haaaa gerak lah kami ke gulam. Aku pun cam segan gak mula mula, yelah, mana taknyaaaa aku sorang perempuan, Haha, tapi aku kak long ahh, ceh! Kira dorang tu semua dah macam adik aku sendiri :)


Sampai sana  memang tak semuanya menyanyi, dah lama lama tu baru lah semua hilang rasa segan tu, haha
Memang menyanyi ahh, suara semua boleh tahan ahh, tapi lagi sedap suara aku, hahahahahahah! K. 
Dah sudah karok, semua gerak balik lah kannn, kot tak kan nak tidoqq sana kot ~


Tapi thanks lah semua sebab datang jugak lepak, haihh, terharu akak dik ~ haha


We always gonna be like siblings, a happy siblings :)


Thank you brothers.


                                          

Friday, June 15, 2012

Baby what about the ending?

ANOTHER MESSY ENDING.

                                         
Don't know where to start this things, benda sama, macam tak perlu ungkit, haha. K ketawa hambar ~
Mana silapnya pun tak tahu, okay senang cerita tak boleh ahh nak bahagia selalu, memang masal tu dekat mana mana, haaaaaa macam kena watlek watchill je :)

Tapi dalam sehari tu mcm mesti ada mix feelings, entahlah, tak tau dekat mana nak repair lagi, yang pasti aku sayang relationship ni :)

Tapi lama lama aku dah masak, perangai dia aku faham, aku cuba, even aku jatuh sekalipun aku cuba bangun balik biar susah sekalipun, sebab aku tahu aku kuat, aku nak emo sangat pun macam tak guna, haha! Benda perasaan aku je yang lelebih, haaaaaaa, benda takde apa pun senanya ~ haha

Selagi aku mampu aku bertahan, ending dia? Wallahuallam :)

Wednesday, June 13, 2012

Wat lek, wat chil, semua okay :)

Sejak kebelakangan ni macam serabut sikit, tapi sebenarnya tak serabut mana pun, cuma banyak benda yang aku tak expect akan jadi, hmm biarlah, semua tu dah memang tertulis dalam hidup aku, Allah tahu cara nak uji aku :)


Aku nak bising bising pun macam dah malas dah, better aku wat lek, wat chill, sebab aku tahu, nanti semuanya akan kembali normal, benda mcm ni kejap je, lama lama kita dah biasa, so benda pun akan pulih :)


Memanglah kadang kadang tu penat, tapi ni KEHIDUPAN. so kau tak boleh lari mana, kau lari jauh pun, macam tu jugak jadinya, aku bukan nak belagak dengan post mcm ni, bukan nak bajet aku kental kuat apa semua haram jadah bagai, cuma nak bagi pendapat, aku pun lemah, aku pun selalu down, tapi esok, bangun balik, fikir positive, tu je mampu :)


Masalah dekat mana mana ada weh, cuma kau je yang tentukan, kau nak hadap ke, kau nak lari. Tapi kalau lari dari masalah, benda tak kan settle, even kau mati sekalipun :)


Tenang, semua akan okay :)

Monday, June 11, 2012

Mencarut? Haha puiii!

Mencarut? Hahaha itu aku -.- asal aku cakap macam tu, eh eh, haha aku memang jenis lancang mencarut, aku mengaku ahh, kadang kadang tu mcm eh apa keh mak nya perangai aku ni lah haiiii -.- haha

Memang lah tak manis, aku tahu tu, lagi lagi lah aku ni berhijab, hmm tapi itu sifat aku, aku pun bukan lah baik sangat. Yelah manada orang baik nak mengaku dia baik enn, hahahahaha :p

Tapi aku tengah slow slow kawal kemencarutan aku ni, eh sial lah! haha mcm annoying enn? Haaaa memang pun, kadang kadang tu ummi, danial and cousin wa marah gak wa mencarut ni, tapi wa lek, wa cuba kawal mulut ni.

Alahhhh tipu ahh kalau orang lain pun tak pernah mencarut enn? Hmmm dah sebati, memang susah sikit nak ubah.

Tapi cuba berubah, mulut jaga naaaaaa :)

Mix feelings.

                                   
So what's up with that picture? Hahah cam bodoh gila gambar tu, tapi betul ahh apa yg gambar celaka tu cakap, haha! Tak lawak sangat pun sebenarnya. Hahahaha! K

Okay nak mula dari mana ni? Hmm maksud title wa tu? Yelah mix feelings tu umpama perasaan yang bercampur campur. Selalu perasaan macam timbul terhadap seseorang atau pun situasi yang kita hadapi. Hamboiii kemain baku ayat wa ni haaaaa, haha

Kadang kadang bila kau tengah happy, tapi sampai satu masa kau rasa macam kau sorang sorang, then mulalah kau sedih, down apa semua bagai, haha agak sial ahh bila rasa macam tu, hmm entah lewwww jep ~

Then kau akan akan rasa bercampur baur terhadap seseorang, hari ni kau bahagia dengan dia, esok kau rasa makin jauh dengan dia, then rasa kehilangan, tapi esoknya pulak semangat kau tetiba ada balik, kira perasaan ni tak boleh, bukan kita yang control, semua apa yang kita rasa, Tuhan yang bagi dan kita kena hadapi semuanya, tak kiralah kau kuat ke tak, dah Allah bagi, kau kena usaha hadap jugak. Itulah tugas manusia :)

Kira mix feelings ni macam... okay aku bagi contoh ahh, k...
Kau makan keropok lekor, bila kau cicah dengan kuah dia rasa apa?  Sedap enn? Lagi lagi bila keropok lekor tu lembut, tak liat.
Tapi bila keropok tu liat? Then kuah tak ada, yang ada pun kicap, kicap masin pulak, haaaaa tak ke rasa celaka benda tu? Haaaaa

Kira perasaan tu mcm tak sedap bila kita lagi layan, lagi paksa, hmmm cuba positive, cuba jangan fikir sangat, eh tapi entahlah, aku ni tak pandai nasihat orang, haha! Sebab aku pun terkontang kanting lagi :)

Yang penting, hadapi segalanya dengan senyuman :)

Bahagia.

Kadang kadang bahagia datang sekejap je. Macam unfair lah. Aku nak bahagia selalu, macam bahagia sampai bila bila ahh, tapi tak. Ni LIFE weh! DUNIA. Kira perasaan kau akan sentiasa merasakan manis pahit semua ahh. Lagi pun, kita manusia, Allah mungkin akan bagi kita kebahagiaan yg lama, tapi sampai satu masa nanti, kalau Dia nak tarik, Dia tarik macam tu je. Dia Maha Kuasa, kita yang hina ni hanya mampu redha dengan apa yang Dia bagi :)


Sunday, June 10, 2012

Tears.

                             
Tears.

Macam susah nak describe perkataan tu, tapi susah mendanya? Tears tu menangis, tangisan, and satu perasaan yang diluahkan melalui air mata. Hmm :')

Pernah tengok orang menangis? Dengar orang menangis? Hmm wa penah ahh. Haha tu pun nak belagak :p

Lagi lagi lah bila orang yg tersayang nangis sebab kita. Tapi lagi best lagi terharu kalau orang tu menangis sebab 'kebaikan' kita. Faham? Haaaaa tapi ibu, tolong jangan biarkan ibu menangis sebab keburukan kita, aku pernah, aku serba salah sangat, berdosa weh :(

Aku tak cakap aku ni baik, cuma aku manusia yang tak lari dari masalah dan buat salah. And that's why aku cakap, kita hari hari kena berubah, sebab kita makin matang, bukan kita makin hingusan.

Tapi tak kira umur, semua pernah menangis, dan banyak sebab yang ditangiskan tu. Memang sifat kita, manusia kan ada perasaan ;)

Aku pun pernah menangis, sebab silap, sebab sayang, sebab gembira. Banyak.
Tapi setiap tangisan tu, ada cerita dia. Kita mana tahu hati orang kannn? Orang pun tak tahu apa yg ada dalam hati kita. Tapi kalau org boleh tahu tu, tu mungkin kebetulan :)

Tapi yang penting setiap apa yang kita tangiskan, mesti ada hikmahnya :)

Lama.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia.


Haha, dah macam berita. 1 Malaysia tu tak yah kot :p
Lama jugak tak update blog ni haaaa weh, hmm masa tak ada, nak bukak lappy masyaallah malas kemain, haha. Lagi pun busy, keluar rumah tak lekat dekat rumah, spent time dengan family lagi, perhhh kalah PM doh. Haha.


Macam macam jadi seminggu ni, kira dua minggu ahh enn? Aku pergi cameron dengan family, pusat sains, lepak dengan cousin, keluar dengan danial. Alhamdullilah bahagia saya :)


Lepas ni fokus on kolej, kena! Lagi seminggu lebih je der. Eh kira dua minggu ahh. Haha! Makin gugup jadinya weh, haha lepas ni tanggungjawab lagi banyak, hmm ;)


Semua demi keluarga :)


                                            

Thursday, May 31, 2012

Rindu sangat.

Rindu Danial ahh doh, minggu ni maybe jumpa minggu depan? Hmm tak tau ahh, mcm makin jauh ahh, yelah jarang jumpa kannnnn? So mcm rindu tu mcm rindu gila nak mati, bukan setengah mati dah, ni hampir mati. Hahaha

Then rindu arwah nenek :(

My girlfriends :(

Rindu semua sangat sangat woi! Bye.

Assalamualaikum 6 :)

                                   
Assalamualaikum bulan enam, haha formal gila, eh! Jap! Sape tu, comelnyewwww, haha sakai.
Hmmm aku cuma berharap bulan 6 ni aku lebih bahagia dengan orang tersayang dan aku boleh ubah diri aku sikit sikit, yelah tiap tiap hari kena cuba berubah okay. And nak stay dengan danial. eh! Hahaha. Gatal :p


Bulan 6 ni jugak maybe bulan paling busy bagi aku kot, kot ahh, ye ahh dgn nak masuk kolej nye lagi, weh bapak serabut, sebenarnya mcm mls fikir tau, tapi masa depan enn? So go on jelah *mengeluh*


Bulan 6 ni mcm tak tahu lah apa yg bakal jadi enn? Tapi yg pasti tak sabar nak puasa, hehe then raya, wahhhh! Gila semangat jap, haha.


Hmmm blog aku banyak typo, aku nak elak benda tu, haha tapi mcm tetiba cam sial ada enn? So biar ahh, typo comel pe. haha


JUN TOLONG BEHAVE SIKIT. HAHA :P

Monday, May 28, 2012

Sayang.

SAYANG.

Bahagia datang, berkat doa, rasa hilang tadi tiba tiba semangat balik, haha! Kenapa? Sebab effort dari diri sendiri ahh, nak seribu daya weh, tak nak seribu dalih, eh! Hahaha :)

Sebenarnya, POSITIVE THINKING tu kena ada, mesti ada, 24jam nak fikir negative pun tak boleh jugak weh, haha!

Okay berbalik pada tajuk tadi, SAYANG! Haaaaaaa, masing masing ada org yang tersayang enn? Jangan bajet FOREVER ALONE sgt weh, haha! Macam bodoh -.- 


Macam aku, memang ramai lah yg aku sayang, parents aku, Danial, adik adik aku, sepupu, kawan, eh ramai, tapi yg paling sentiasa dekat hati, Allah S.W.T :)

Dan kalau dah sayang, memg sanggup buat apa apa, aku sanggup buat apa je untuk ummi, kenapa ummi? Sebab dia lah segalanya, memg tak ada org lain boleh ganti dia, kalau boleh biar aku p dulu, jangan dia :)

Hmm lagi satu, bila dah ada yg tersayang tu, jaga, jangan sia sia kan, yelah, manusia ni kadang kadang dah hilang baru nak hargai, kann? Wallahuallam :)

Tapi sebenarnya sampai satu saat nanti, memg kita semua kena lepaskan orang yg kita sayang, tak semestinya MATI jadi sebabnya, mungkin ada sebab lain, hmmm tak tahu lah kannn? Tapi selagi kau hidup kau hargailah cinta yang Allah bagi, kasih sayang yg kau dapat, semua tu tak boleh beli, kau hargai, kau simpan, kau ingat sampai nafas terakhir kau :)


Rasa.

                                            

Macam serius enn tajuk dia? Entah, haha! Sejak kebelakangan ni emosi mcm tak stabil, kejap okay, kejap tak, biasalah perempuan kann? Tapi rasa mcm something tak lengkap, tapi tak boleh terangkan benda tu, haihh!
Macam ada je yang tak kena, tak tak, aku tak badmood, cuma rasa KOSONG, and rasa macam TAK ADA HATI. Buat apa apa pun mcm 'Oh okay, haaa ye okay, ohh~', haaaaaa lebih kurg camtu ahh, Yang aku tak suka tu, org lain yg rasa, and aku mulalah serba salah, nak ubah rasa tu pun mcm ambik masa, hmmm dah kenapa aku ni woiiiii! :(


*Danial, sorry kalau i mcm layan you mcm entah apa apa, i pun tak faham dah kenapa dgn i ni, haihh!*


Tapi yg aku peliknya pun, bila dgn dia aku mcm tak stabil, aku bahagia cuma kdg2 tulah, hmmmm rindu sebenarnya, memg kalau boleh nak dia selalu ada, dia mcm semangat aku, sumpah, jumaat hari tu dia boleh lupa bwak charger dia, dah aku mcm hilang semangat, even dia ada contact jugak, tp mcm, hmmmm entahlah, i miss him so bad :'(


Yang pasti, aku akan cuba cari diri aku balik, and negative thinking tu aku buang, sbb aku pun nak tengok semua org happy selagi aku ada, cuba nina cuba :)


Bye :)

Thursday, May 24, 2012

Salah.

                                   
Hmmmm salah dengan semuanya, selalu kadang2 aku fikir kenapalah aku ni mcm tak sempurna, then takde ahh buat salah enn? Tapi Ya Allah, aku bukan Nabi, aku ni manusia yg asal hanya dari tanah, memg tak sempurna, hmm. Tapi sebenarnya aku bersyukur, kira puas hatilah, aku ada anggota badan semua, akal fikiran, bila duduk sorang2 memg rasa mcm hina sgt, mcm aku tak patut ada dekat bumi Allah ni, tapi Allah tahu semuanya, and dia mungkin ada benda yang lebih baik yang Dia sediakan untuk aku, yelah, semua yang berlaku ada hikmah kan? :)

Hmmm tapi tiap tiap hari aku cuba baiki diri aku, yelah sampai bile kan? Hmm cuma sokongan dari parents, kawan, Danial aku perlu. Sangat perlu :)


SETIAP HARI KENA BERUBAH, INSYAALLAH :)

Berharap Berdoa.

DON'T HOPE TOO MUCH.
BUT KEEP ON PRAYING.


                                                  


Berharap? Aku rasa semua orang selalu berharap untuk sesuatu kan? Mesti ada punya. Hmmm tapi tulah kadang kadang tak semua yg kita harapkan akan berlaku, dan akan jadi macam apa yang kita minta, dan masa tu bila kita tak dapat, kita mcm sedih,kecewa, hmmm macam give up sikit, lebih kurang macam tulah :) *mengeluh*

Kadang kadang ada yg berharap untuk BENDA, nak sangat tapi tak dapat, then terpaksa lepaskan.
Kadang kadang jugak ada yang berharap untuk hari HARI HARI yg akan dtg lebih baik dari hari yg dorang baru je tempuh.
Hmmm tapi berharap dekat SESEORANG atau ORANG tak mungkin mcm boleh jadi kenyataan, Wallahualam.

Ada masa kita berharap orang yang kita kenal atau kita sayang akan jadi mcm yang kita harapkan, tapi tak.. kita tak boleh ubah diri orang untuk kepentingan diri kita, hmmmm. Jadi kita pun tak boleh nak berharap sangat sebenarnya, sebab benda kita tak tahu kan? Yang perlu, sabar dan tawakal :)

Tapi siapa tahu kannn? One day nanti kita boleh dapat apa yang kita harapkan? Kita cuma perlu tempuh je hari hari yg datang, berdoa dan cuba usahakan, insyaallah, Allah sentiasa mendengar doa hamba hamba-NYA :)

                                     
                                     
                                               

Tuesday, May 22, 2012

Its okay :)

Hmm semalam macam ada konflik sikit dengan Danial, entah lah, sebenarnya tak ada apa pun, aku nak stay marah dengan dia lama lama pun tak boleh doh, seriously i can't -.- Then Danial pun mcm tahu salah dia, Hhis too busy, and actually im okay with it, well its okay babe, as long as dia tak lupa aku, aku okay, lagi pun dia busy bersebab enn? I get use to it, and aku mcm dah okay and faham dia, tapi dia still mcm rasa bersalah, haihh!

Sayang chill lah, i faham you, and i don't get mad at you, coz i love you, and i'll be waiting no matter what :')

Tapi dah okay, bahagia okay! His funny, aku memg selalu gelak, haha! And that's why i love him, hmmm mesti kalau boleh let the whole world know i'm in love with him woiiii! HAHAHA!

Apa yg ada dalam blog ni semua apa yg ada dalam otak aku, soooooooooo aku tak tipu :p haha


                                     
THAT QUOTES! BYE :)

Monday, May 21, 2012

Tiga :)

Apa yang tiga? Haha! Adik beradik aku lah, hmm even masing masing perangai lain lain, tapi aku sayang dorang and ambil berat jugak pasal dorang, eh dah kata KAK LONG enn? Haha! Hari tu sempat jugak lah bergambar tiga org, haha! Aku mcm paksa ashraf adik aku yg kedua tu, susah betul, tapi last last haaaaaa amek kau dia yg over, haha!

                                           

Ashraf maarof, adik aku yg kedua, haha! bapak gedik muka, lempang apa tak dapat sat g -.- tapi sebenarnya aku pun tak expect dia nak senyum mcm tu, sakai, haha


                                             
Dari kiri : ASHRAF MAAROF, AIDID ALQAYIM AND NUR'AININA COMEL, HAHA :)

Aidid baru 6 tahun, haha! asal mcm comel pulak adik adik aku ni? errrr tapi tak boleh kalahkan aku, haha bye :p


BURUK BAIK MANA PUN ADIK BERADIK KITA TU, MEREKA TETAP DARAH DAGING KITA :)